PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)

Antara pembiayaan yang disediakan oleh PUNB ialah:

  • Skim PROSPER Runcit

    • Pembiayaan Perniagaan Berasaskan Syariah

      • Pakej A - Pembiayaan daripada RM70,000 sehingga RM200,000
        1. Pembiayaan Perniagaan

        2. Perkhidmatan Perniagaan
      • Pakej B - Pembiayaan daripada RM200,001 sehingga RM1,000,000

        1. Pembiayaan Perniagaan

        2. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan

Latar Belakang

Peluang untuk siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera menceburi bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan terbuka luas. Menyedari keadaan ini, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengalu-alukan siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera untuk menjadi usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan usahawan Bumiputera yang berintelek dan berkemahiran tinggi.

Sehubungan dengan itu, PUNB menyediakan pakej keusahawanan PROSPER Siswazah untuk mendorong, membimbing dan membangun para usahawan muda dan pemegang sijil Bumiputera menceburi bidang keusahawanan khususnya bidang peruncitan.

Objektif

  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera untuk menceburkan diri khususnya dalam perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.

Syarat Kelayakan

Calon sasaran

  • Bumiputera
  • Berumur tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftaran
  • Sanggup mengikuti ke semua program yang ditentukan oleh PUNB
  • Siswazah - memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaanPemegang sijil - memiliki sijil bertauliah dalam bidang teknikal daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus tahap 2 dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang dipelajari

Perniagaan

  • 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
    Perniagaan baru atau peringkat perkembangan

Latar Belakang

Pemborongan dan pengedaran adalah satu bahagian penting dalam rantaian bekalan bahan. Usahawan Bumiputera perlu merebut peluang perniagaan dalam sektor yang berpotensi ini di samping menyokong usahawan dalam bidang peruncitan.

Bagi mencapai tujuan ini, PUNB menyediakan satu pakej keusahawanan khusus untuk membangun usahawan Bumiputera sebagai pemborong, pengedar atau pembekal yang berdaya maju dan berdaya saing.

Skim Pemborong PROSPER ini disasarkan kepada Bumiputera yang ingin memula atau mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan.

Objektif Skim

  • Membangun usahawan Bumiputera dalam aktiviti belian dan jualan pukal bahan serta bekalan.
  • Menyediakan sumber barangan dan bekalan bahan pada kos yang dapat¬† meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan.

Pakej Keusahawanan

  1. Pembiayaan
  2. Perkhidmatan Perniagaan

Syarat Kelayakan

1. Usahawan

  • Bumiputera
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi atau berpengalaman dalam perniagaan sedia ada atau telah mendapat kontrak/hak pembekalan/pengedaran¬† sesuatu barangan.
  • Membiayai sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek.
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan.
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti.

2. Perniagaan

  • Berbentuk pemborongan, pengedaran atau pembekalan.
  • Dimiliki dan diusahakan oleh Bumiputera.
  • Berdaya maju dan mempunyai sinergi dengan bidang peruncitan.

Latar Belakang

Usaha Kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah merupakan satu daripada matlamat teras pertama Bajet Mini ransangan ekonomi yang diumumkan pada Mac 2009. Sehubungan itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad mewujudkan Program Siswazah Perantis PUNB untuk membantu golongan siswazah mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor). Semua pemegang ijazah, diploma dan sijil kemahiran tahap 2 yang menyertai program ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Peserta program (Perantis) berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja yang mahir. Program ini bukan sahaja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan.

Objektif

  • Memberi peluang kepada siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran.
  • Menambah ilmu pengetahuan di kalangan siswazah muda melalui kemahiran, latihan dan kursus yang bersesuaian.
  • Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan.
  • Mengurangkan kadar pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan siswazah.

Syarat Kelayakan

  • Bumiputera¬† berumur tidak melebihi 30 tahun semasa memohon.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari institusi yang diiktiraf kerajaan.
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan.
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.

Untuk keterangan lanjut, sila layari: http://www.punb.com.my