SME BANK

PEMBIAYAAN

Fungsi utama SME Bank adalah sebagai pusat kewangan dan pembangunan perniagaan sehenti (Hub) untuk Pembiayaan bagi  keperluan keperluan pembangunan Perusahaan Kecil  & Sederhana (PKS) di Malaysia.

PEMBIAYAAN BANK SME  MENGIKUT KLASIFIKASI PKS KEBANGSAAN

Perniagaan Mikro

Usahawan mikro ditawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan  dan  disalurkan menerusi program-program khusus mikro seperti:

  • Skim Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
  • Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
  • Skim Modal Asas (SMA)
  • Program-program mikro lain secara usaha sama dengan agensi-agensi lain

Perniagaan Kecil

Pembiayaan Perniagaan Kecil:
Produk dan perkhidmatan kewangan ditawarkan terbuka kepada usahawan perniagaan kecil dari pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan .

Perniagaan Sederhana

Pembiayaan Perniagaan Sederhana:
Produk dan perkhidmatan kewangan ditawarkan kepada perniagaan bersaiz sederhana yang berhasrat mengembangkan pengeluaran atau pemasaran produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa di mana SME Bank dan rangkaian rakan kongsi strategik akan membantu mengembangkan perniagaan usahawan.

NOTA: Sila Rujuk Klasifikasi PKS Kebangsaan yang terdapat dalam laman web BANK SME bagi tujuan mengenal pasti tahap saiz perniagaan yang bersesuaian dengan dana-dana yang ditawarkan.

PRODUK KEWANGAN BANK SME YANG DITAWARKAN

PEMBANGUNAN PKS

  • Program Khas

    Program Sangkut Usahawan
    Program untuk membentuk usahawan PKS Bumiputera untuk menjadi vendor.

    Skim Khas untuk Pembangunan Ekonomi Desa
    Program khas kawasan desa  dengan perlaksanaan pembiayaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah seperti program inap desa (homestay).

    Program Usahawan Batik dan Kraf

    Pembiayaan Filem Cereka dan Drama

    Tabung Usahawan Siswazah
    Program untuk menggalakkan siswazah menjadi usahawan dan bergiat di dalam perniagaan sebagai bidang kerja alternatif atau untuk mengurangkan kadar pengangguran.

    Program Inkubator Usahawan Siswazah [PIUS]

  • Skim Jaminan Bank SME
    Bank SME menawarkan kemudahan Overdraf (OD)
  • Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)
    TPPA merupakan dana khusus pembiayaan pinjaman kepada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi yang dilesenkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
  • KKB (Kompleks Kilang SME Bank)
    Skim Kilang Bimbingan SME Bank
    Kompleks Kilang SME Bank merupakan pendekatan pembangunan keusahawanan secara bersepadu dengan menyediakan kemudahan pembiayaan, penyewaan ruang kilang, latihan keusahawanan serta bantuan khidmat nasihat dan kewangan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan

Melalui pengukuhan usaha kolaborasi dengan rakan kongsi dan agensi pertubuhan PKS di Malaysia dan antarabangsa, Bank SME memberi pelbagai khidmat sampingan untuk menyokong pembangunan PKE selain khidmat nasihat perniagaan dalam satu spektrum yang luas sebagai respons kepada kehendak usahawan serata industri dan kepelbagaian fasa pertumbuhan perniagaan.

  • Khidmat Nasihat Perniagaan
  • Perkhidmatan Akselerasi Perniagaan
  • Perkhidmatan Informasi
  • Perkhidmatan Promosi dan Padanan Perniagaan
  • Perkhidmatan Menganalisa Prestasi

Untuk keterangan lanjut, sila layari: http://www.smebank.com.my